Malaysia Hunters Truck Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Malaysia Hunters Truck Club

Selamat Datang Ke Forum Baru Untuk Kelab Lori Malaysia..Menunggu Bilangan Ahli Menjadi Ramai Lagi.Register Sahaja Jika Berminat..Dan Anda Boleh Mula Berforum. KAMI PERLU SUPPORT DARI ANDA UNTUK HIDUPKAN GROUP NI SECEPAT MUNGKIN. RAJIN2 JENGUK FORUM :)
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

 

 Pengalaman memandu lori 1 & 3tan

Go down 
2 posters
AuthorMessage
am_trader

am_trader


Posts : 61
Join date : 14/12/2010
Age : 40
Location : Meru-Klang-Shah Alam

Pengalaman memandu lori 1 & 3tan  Empty
PostSubject: Pengalaman memandu lori 1 & 3tan    Pengalaman memandu lori 1 & 3tan  EmptyFri Dec 24, 2010 12:29 am

salam rakan-rakan...

Dijemput berkongsi pengalaman di sini tentang jenis lori yang pernah anda miliki/pandu, kelebihan model tersebut dan kalau dapat upload spec lagi baik. Saya mulakan dahulu sedikit pengalaman di sini;

1). HICOM Perkasa 150dx - 4.3L
- Pada saya enjin lasak, teknologi ISUZU,saya pernah bawak dalam 6 tan pun masih steady lagi, cuma biasalah enjin diesel asap lebih sikit. Kalau lori kosong lagi lah berdesup lari kat highway, outstation long distance pun selesa badan kurang penat. spare part pun senang dapat.

2).INOKOM Lorimas AU26 - 2.6L
- Lori ni biasa kita nampak guna untuk supply roti kat kedai2, teknologi korea-Hyundai, saya pernah pakai dekat 5 tahun, enjin ok,boleh lagi isi dalam 3tan, chasis agak besar & tinggi, tapi pick up lambat sikit, saya pernah bawak outstation ke K.T 2 trip tanpa henti, enjin tak banyak ragam, yang paling best radiator besar macam 3 tan,enjin sejuk...Sparepart 70% boleh guna mitsubishi canter atau pajero LO049. Bila jual harga jatuh gila2.

3). DAIHATSU DELTA V116HA - 3.6L
- Model paling banyak rasanya kat Malaysia dan paling lama mengekalkan rupa bentuk, kalau tak silap model pertama tahun 1986, sampai 2010 ni bentuk tak banyak beza. Lori ni tak berapa laju, tapi bila mendaki boleh tahan kuat walau enjin kecil dari yang lain, mekanik beri tahu gigi gearbox delta ni kasar, maknanya dia kuat tapi tak boleh laju. Mungkin sebab tu ramai guna untuk angkut buah sawit kat ladang. Cuma bila breakdown cabin tak boleh jongket, ruang agak sempit.

4). FORD TRADER WV70FM1 - 3.0L
- Saya pakai model ni sekarang, tahun 2002, enjin paling kecil dari yang lain, tapi masih ok, gearbox besar,boleh lagi isi dalam 6 tan, design cabin nampak macam baru, ada model yang sama macam ni (recond) guna enjin isuzu, sparepart ada cuma harga lain macam sikit, outstation ok tak ada masalah.

5). TOYOTA HIACE 2.5D - 2.5L
- Ini juga antara yang biasa kita nampak kat jalan raya, pick up boleh tahan, lari macam kereta, enjin lasak walau guna timing belt. Saya pernah bawak kawan punya, enjin sedap, bentuk pun cantik.

6). ISUZU NPR - 3.6L
- Model NPR ni banyak, yang saya perasan ada yang enjin 3.9, 4.3, 4.6. Pengalaman saya masa kerja sebagai driver dulu, NPR tahun 1986, gear kat lantai, power steering takde, tapi permit BDM 8800, enjin boleh tahan kuat. Pernah saya tengok ada orang tukar cabin baru yang macam hicom tu.

Itu sedikit sebanyak pengalaman saya, Kalau salah tolong betulkan, sekadar nak share pengalaman, silakan rakan2 yang ada kongsi pengalaman yang ada, terima kasih...
Back to top Go down
Shah_Hunters
Admin
Shah_Hunters


Posts : 154
Join date : 10/12/2010
Location : Damansara

Pengalaman memandu lori 1 & 3tan  Empty
PostSubject: Re: Pengalaman memandu lori 1 & 3tan    Pengalaman memandu lori 1 & 3tan  EmptyFri Dec 24, 2010 4:17 am


thanks bro kerana sudi berkongsi pengalaman bro kat sini.. Very Happy
Back to top Go down
https://mhtc.forumms.net
 
Pengalaman memandu lori 1 & 3tan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» cari keja driver lori 3tan
» Lori 1 - 3 TAN
» Lori Treler
» Perkhidmatan Lori Sewa 1 tan
» perkhimatan sewa lori

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Malaysia Hunters Truck Club :: Laman Sembang :: Borak-Borak-
Jump to: