Biasa la bro...2 bulan lepas saya punya tinted tak lepas, padahal tak gelap mana pun dalam 40%, sekarang ni tak tentu kadang lori baru pun tak lepas.
Setakat pengalaman saya...
1). Brek: Bila dah OK brek, dia akan cari yang remeh temeh, lampu belakang pudar la, seat koyak la, sticker 80/90kmj dah buruk la, bukan sembang kosong bro, semua tu saya dah kena, sebab tu je GAGAL.
2). Asap: Ikat la minyak se sikit yang mungkin, pernah saya tak lepas asap, masuk lagi , ikat minyak sampai lori tak boleh laju, 40kmj je, punya la seksa dari rumah nak ke puspakom.
3). Lantai besi pun dah tak boleh, dengar nya kena endorse dulu baru boleh.
4). Rim tubeless saiz 17.5/225/80: Biasa 3 tan banyak pakai yang ni, bila nak test tukar rim asal balik